2005-05-22 06:57:20
Harap-harap kena undi boleh masuk balik...
Just a hunch
2005-06-08 10:25:31
BERITA HARIAN
Jun 8, 2005
melaporkan
AF memang sengaja tonjolkan kejutan
Oleh Hanisah Selamat
DALAM Akademi Fantasia (AF), segala-galanya sukar dijangka tetapi yang pasti kejutan sengaja ditonjolkan untuk mewujudkan kesan dramatik bukan saja kepada pelajar sendiri malah pengikut setia program realiti popular ini.
Begitu juga pengumuman daripada pengacara rancangan itu, Aznil Nawawi selepas konsert pertama AF3 malam Sabtu lalu apabila memaklumkan dua peserta yang terkeluar sebelum ini bakal diserapkan semula berdasarkan kelebihan persembahan masing-masing.
Awalnya, tidak hanya 12 pelajar AF3 terpana, kira-kira 1,000 penonton yang berada di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor – lokasi berlangsungnya konsert berkenaan turut tergamam apabila hos program itu menyatakan pada minggu pertama dua pelajar akan disingkirkan.
Namun, sebaik saja tenaga pengajar selesai bersidang, pe ngumuman penyingkiran ditukar dengan khabar gembira iaitu AF3 membuka pintu kepada dua daripada lapan calon yang pernah tersenarai sebelum ini untuk menonjolkan semula kebolehan mereka.
Sekali lagi tenaga pengajar termasuk M Nasir selaku Pengetua, Siti Hajar Ismail, Adnan Abu Hassan, Marlia Musa, Linda Jasmine, Mohd Fathee Abdullah dan Fatimah Abu Bakar memberi penilaian siapa layak menyertai 12 rakan lain di akademi terbabit.
Tanpa persediaan, mereka menyampaikan lagu pilihan dengan yakin dimulai Diana bersama Pilihlah Aku, disusuli Haider (I Live My Life For You), Marsha (Awan Yang Terpilu), Azlif (Mengapa Perpisahan), Shiha (Andai), Isa (Kata), Rina (Dia) dan Mawi (Kekasih Awal dan Akhir).
Mungkin kaedah penyerapan semula pelajar suatu kejutan, namun sebahagian besar peminat AF3 sudah boleh mengagak bahawa dua tempat kosong untuk ke AF3 itu seakan disedia kan khusus buat peserta favorite, Mawi dan Marsha.
Malah sebelum lapan calon yang dikeluarkan ketika Konsert Prelude lalu muncul di tengah pentas, sudah terdengar desas-desus gandingan dua M akan mara ke AF3,

2005-06-08 10:31:30
BERITA HARIAN Jun 8, 2005 melaporkan (sambungan)
siapa lagi kalau bukan Mawi dan Marsha.
Tambahan pula populariti mereka dilihat terus melonjak naik (terutama menerusi saluran @15) selepas disingkirkan, melebihi kisah 12 pelajar sedia ada kerana peminat beranggapan dua calon ini punya potensi besar.
Melihatkan penampilan Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani, 24, ketika menyampaikan lagu Jamal Abdillah, memang terserlah auranya biarpun pada awal nyanyian dia terlupa lirik tetapi kelemahan langsung tidak ketara dek kemerduan vokalnya.
Gadis kelahiran Tamparuli, Sabah, Marsha Milan Londoh yang sebelum ini menarik diri berikutan masalah kesihatan pula nampaknya cuba menonjolkan kemampuan sebenar walaupun hakikatnya masih dibelenggu sakit tekak.
Namun, siapa mampu menolak tuah tambahan pula berbanding calon wanita lain, kelainan tone suara membolehkan peserta berusia 20 tahun itu mampu meneruskan cabaran ke AF3 sekali pun menerima cabaran sengit daripada Diana.
Sekali gus, penyerapan semula dua peserta ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar 14 orang, berbanding hanya 12 di AF musim pertama dan kedua.
Pelajar lain ialah Amylia Mohd Azlan (Amy), 21; Amylea Azizan (Amylea), 19; Asiah Tunakma Abdullah (Akma), 20; Elliza Abdul Razak (Elliza), 21; Norashikin Abdul Rahman (Ekin), 21; Nor Farah Idayu Yaakob (Idayu), 20; Nik Mohd Aidil Nik Zamri (Aidil), 21; Felix Agus (Felix), 23; Fuad Razlan Abdul Azri (Fuad), 20; Mohamed Zulkefli Mohd Idir (Kefli), 19; Syaiful Reza Mohamed (Reza), 27, dan Mohd Yazer Yusof (Yazer), 23.
Ditanya mengenai kaedah pengadilan untuk mencari dua calon terbaik ini, M Nasir mengatakan pemilihan bergantung kepada beberapa kriteria terutama harus mempunyai potensi melangkah lebih jauh bukan sekadar boleh menyanyi. “Banyak perkara perlu diambil kira antaranya persembahan, bakat, pakej dan paling utama potensi.
Mereka semua boleh menyanyi tetapi kita mahu lihat lebih daripada itu,” katanya pada sidang media selepas pengumuman d

2005-06-08 10:38:02
BERITA HARIAN Jun 8, 2005 melaporkan (sambungan)
dilakukan.
Ketua Program Melayu Astro; Rozina Aziz, pula berkata, hasrat menyerapkan dua lagi pelajar ke AF3 dilakukan saat akhir bukan disebabkan tarikan SMS (khidmat pesanan ringkas) tetapi mahu merancakkan pertandingan.
“Kalau kami memikirkan soal wang, sudah tentu kami mengadakan AFUNDI Masuk.
Sebenarnya masa peringkat awal AF3 (Konsert Prelude) kami tidak terfikir lagi untuk tampil dengan kaedah ini (kemasukan semula).
“Idea mengenai kejutan sebegini datang tanpa dirancang. Sejak musim pertama lagi kami melihat bagaimana situasinya dan kejutan diterapkan mengikut kesesuaian.
Lagipun kali ini kami cuba membuat pembaharuan dengan meramaikan lagi pelajar. Pertandingan seumpama ini hanya setahun sekali. Dengan kemasukan orang baru, ia mampu menguatkan daya saing semua pelajar untuk menonjolkan persembahan terbaik,” ulasnya.
Bagi penggemar AF3, konsert mingguan dan akhir (6 Ogos) akan disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam, pada setiap Sabtu jam 8.30 malam manakala undian SMS penonton pula sudah bermula 29 Mei lalu.
Sumber sepenuh:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Hiburan/20050608091336/Article/

2005-06-13 02:28:54
Berita Harian melaporkan pada Isnin, 13 Jun 2005
"..... Marsha juga menunjukkan prestasi persembahan memberangsangkan menerusi lagu Ingin Bersamamu yang dipopularkan Syafinaz. Sayang sedikit kerana dia lebih banyak memberikan tumpuan kepada gaya persembahan seksinya, tidak kepada kekuatan vokal yang perlu digilap lagi. ...."
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Hiburan/20050613072121/Article/

2005-06-20 04:25:01
UTUSAN MALAYSIA melaporkan pada Jun 20, 2005:
"......Namun pelajar seperti Marsha yang disifatkan mempunyai persona bintang dan penggoda, Ekin yang comel dan Akma serta Aidil yang punya kelebihan masing-masing perlu terus bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan di tangga yang selamat."
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

2005-06-20 04:29:20
2 questions:
1. Is that what you really wanted to do? I mean intentionally do.
2. Do you have anyway of knowing any of these comments?
Answers need NOT be displayed. Untuk tenungan sajo.

2005-06-20 04:34:04
Laman rasmi Astro melaporkan pada
19/06/2005: Persembahan 13 pelajar.
"..... Marsha dikatakan nampak berkeyakinan, mengiurkan dan dinamik!....."
http://www.astro.com.my/akademi_fantasia/arkib/view_archive.asp?id=191

2005-06-20 04:39:58
Yet another comment....
Marsha - Lelaki Idaman
Marsha tidak berjaya melunaskan cabaran dalam persembahannya. Persembahannya bermula dengan baik. Nampak beliau agak berkeyakinan. Penampilan vokalnya juga biasa sahaja. Banyak sebutannya yang tidak begitu jelas. Saya menyukai interaksinya dengan penari latar walaupun beberapa langkah tariannya yang terlebih. Interaksinya dengan kamera juga agak baik. Marsha tidak begitu pasti dengan step tariannya menyebabkan persembahannya nampak hambar. Saya belum nampak apakah kekuatan utama Marsha kerana kekuatannya yang sepatutnya dalam lagu Ingin Bersamamu boleh dikatakan gagal mencapai tahap yang sepatutnya. Marsha perlu berani menyerlahkan lagi keindahan vokal beliau.
http://www.akademifantasia.org/afantasia/Default.aspx?tabid=1&BlogID=2

2005-06-27 03:29:09
Utusan Melayu melaporkan pada 27 Jun 2005
"....Keluarga Marsha beri sokongan padu
WALAUPUN keluarga Marsha berada jauh di Sabah, tetapi ada di antara anggota keluarga pelajar AF3 ini yang sanggup meluangkan masa datang ke Kuala Lumpur setiap minggu menyaksikan konsert mingguan AF3 semata-mata untuk memberi semangat kepadanya.
Perkara itu dapat dilihat apabila enam saudara mara Marsha atau Marsha Milan Londoh dari Sabah tidak pernah jemu hadir untuk memberi sokongan kepadanya sejak dia dipilih semula menyertai AF3 pada minggu pertama konsert tersebut berlangsung.
Enam anggota terdekat Marsha ialah Suhaibun Gisin (bapa saudara), Sharman Rayner (sepupu), Tina, Shawn (abang ipar), Michel (kakak) dan Adilah (anak saudara).
Menurut Suhaibun, setiap minggu dia dan lima lagi saudaranya itu tidak pernah ketinggalan berada di stadium tersebut untuk menyaksikan persembahan Marsha.
bersambung

2005-06-27 03:34:03
Utusan Malaysia melaporkan pada 27 Jun 2005
Sambungan
"``Minggu depan bapa Marsha iaitu Milan Londoh dan ibunya, Mishi Londoh pula akan datang dari Sabah semata-mata untuk memberi sokongan moral kepadanya,'' ujar Suhaibun sewaktu ditemui selepas konsert itu.
Sokongan yang tidak berbelah bahagi itu juga dapat dilihat apabila Michel kelihatan menitiskan air matanya kerana bangga sewaktu adiknya itu menyampaikan lagu Tunggu Sekejap yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee."
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

2005-06-29 03:11:40
Idayu said as reported by Wanda Idris in Utusan Malaysia dated Jun 29, 2005 at http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
".....Bimbangkan Marsha.....
``Yang paling saya sedih adalah untuk meninggalkan Marsha. Saya sayang dia..,'' katanya sebak.
``Saya tidak sedih apabila tersingkir sebab saya dah bersedia untuk menerima sebarang keputusan.
``Tetapi apabila saya pandang Marsha selepas diumumkan terkeluar pada malam itu, saya terus sebak dan menangis.
``Sebab selain Elliza (peserta pertama yang tersingkir), saya paling rapat dengan Marsha. Walaupun baru dua minggu lebih kami berkenalan, tapi kami serasi,'' tambahnya.
Menurut Idayu lagi, dia juga bimbang dengan Marsha apabila dia sudah tiada di akademi.
``Dia memang tak boleh berenggang dengan saya. Kalau ada apa-apa, dia akan datang pada saya, mengadu. Dia manja sangat.
``Marsha juga seorang yang emosional. Saya takut dia tak dapat mengawal keadaan jika saya tiada di akademi,'' kata Idayu lagi.
"

2005-07-03 12:08:24
Ha ni komen di http://klubbkidd.blogdrive.com/ after your 5th concert
Marsha - Bossanova (Saloma)
Bangga sih ngan Marsha! Akhirnya dia tunjukkan part of her REAL voice! Kita selalu dapat dengar the impressiveness of her vocals, tapi skali ngan showmanship dia yang naturally breathtaking, she ranked again only behind Amylea dari segi overall performance in terms of quality! Dia consistent, malah selalu ada improvement. Ni baru persembahan bakal pro!

2005-07-04 03:02:06
Khadijah Ibrahim melaporkan di Utusan Malaysia melaporkan pada 4hb Julai 2005
".... Seorang lagi pelajar yang berjaya mencuit hati penonton dengan lenggok badannya yang seksi ialah Marsha Milan Londoh menerusi lagu Bossanova.
Marsha yang menyedari kelebihannya itu telah mempergunakan tarikan tersebut sewaktu persembahan."
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

2005-07-04 03:04:33
Nurulhisham Abdul Latiff melaporkan di Berita Harian pada 4hb Julai 2005.
".... Kalau konsert AF3 di Putrajaya itu dianggap kejayaan buat penganjur kerana kelancaran, kehadiran penonton yang ramai dan keselamatan yang terkawal, Marsha dan Amylea turut memperkuatkan lagi kebenaran berkenaan. Kedua-dua pelajar wanita itu berada pada kelas tersendiri tatkala menyampaikan lagu Bossanova (Saloma) dan Hak Milik Kekal (Linda dan Diana Rafar).
Marsha yang melentuk manja dengan gaun pendek berbunga, memukau hadirin menerusi gaya dan suara lunak miliknya, manakala Amylea yang menjadi antara beberapa pelajar konsisten sepanjang konsert AF3, cemerlang pada vokal dan terserlah kemantapan persembahan. Tanpa ragu, dia menyedapkan lagi lagu nyanyian Linda dan Diana itu, secara bersendirian."
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Hiburan/20050704074947/Article/

2005-07-10 14:26:46
This was reported after 6th concert:
"...MARSHA pula telah menyanyikan lagu Destinya sambil bermain piano dengan amat baik sekali hingga Adlin dan Iman Wan berdiri dan salut dengan persembahannya. Adlin berkata dia akan tuduh rakyat Malaysia jika membuat salah kalau tidak benarkan MARSHA untuk ke final. Datuk Sharifah Aini berkata susah untuk tidak menyukai MARSHA, kerana MARSHA mempunyai suara yang sedap ada personaliti yang sentiasa disukai oleh orang ramai. Iman Wan berkata MARSHA adalah antara pelajar kegemarannya dan boleh cinta dengan hanya mendnegar suara MARSHA. ...."
http://www.astro.com.my/akademi_fantasia/utama.asp

2005-07-17 15:52:38
On ASTRO website after your 7th concert:
Lagu 'Pokok Kelapa' khas dari kumpulan VE!
Kejutan kedua di malam Konsert Akademi Fantasia Ketujuh ialah khas untuk Marsha. Tayangan Video ditunjukkan yang memaparkan Jimmy Shanley hos Trek Selebriti telah mengunjungi sebuah studio rakaman...Semasa tiba di studio itu kedengaran lagu 'Pokok Kelapa' dinyanyikan dengan irama yang sungguh merdu..Rupa-rupanya kumpulan VE telah menyanyikan lagu 'Pokok Kelapa' khas untuk Marsha..Kumpulan VE merupakan salah satu kumpulan penyanyi kegemaran Marsha dan mereka merupakan kejutan khas untuk Marsha. Marsha telah menyanyikan lagu Jambatan Tamparuli dengan penuh ceria diiringi oleh penari-penari Kadazan Dusun Centre Association. Marsha berjaya membawa penonton merasakan suasana Sabah kata Kudsia Kahar. Bukan itu sahaja, Kudsia juga berkata lagu itu bukan lagu seksi tetapi Marsha tetap kelihatan seksi! Sememangnya persembahan Marsha amat menghiburkan para penonton.